Thursday, January 13, 2011

Facebook :)

    " Facebook" merupakan salah satu saluran dimana kita sebagai insan boleh berhubung ke mana-mana sahaja.Namun,ada diantara kita yang telah menyalahgunakan "Facebook" sebagai laman untuk meluahkan perasaan tidak puas hati sehinggakan dapat menimbulkan isu-isu negatif dan perselisihan faham diantara satu dengan yang lain.


     Selain itu,"Facebook" juga digunakan sebagai tempat untuk mengeluarkan kata-kata kesat khususnya bagi pihak remaja masa kini yang mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran negatif.Mereka tidak menyedari bahawa kata-kata yang dikeluarkan itu telah menyakiti hati sesetengah pihak.Sebagai seorang pelajar,mereka seharusnya menggunakan "Facebook" sebagai laman sesawang untuk menimba ilmu melalui sistem maklumat.

       Disamping itu,terdapat juga beberapa kegunaan "Facebook" seperti remaja boleh mengenali rakan-rakan  baru yang berasal dari sekolah mahupun negara lain.Hal ini juga boleh mendorong kepada keharmonian diantara negara-negara lain.Seterusnya,remaja juga tidak ketinggalan dengan penggunaan ict yang semakin maju seperti katak dibawah tempurung."Facebook juga membantu kita untuk berhubung dengan kawan atau saudara mara yang berada di luar negara.Lebih cepat dan lebih murah.

     Tambahan pula,remaja zaman sekarang lebih suka membuang masa dengan melakukan hal-hal yang tidak mendatangkan hasil kepada mereka sebagai contoh melepak di kompleks-kompleks membeli belah,merokok,ponteng,mencuri,vandalisme dan juga sebagainya.Melayari internet demi kebaikan  di rumah lebih baik daripada membuang masa dengan perbuatan yang negatif.Remaja juga harus pandai mengatur masa.Jangan gunakan  alasan "Facebook" sebagai penghalang untuk belajar.Ibubapa perlu menitikberatkan setiap tingkah laku anak masing-masing.Pastikan mereka mempunyai masa untuk berhibur dan belajar yang sistematik.

    Natijahnya,semua pihak harus menggunakan "Facebook dengan sebaik mungkin.Gunakan demi kebaikan dan bukannya untuk keburukan.

No comments:

Post a Comment